Minggu, 19 Januari 2014

Serius - 18 Terkorban Ketika Pengkebumian Ketua Syiah Dawoodi Bohra Di Mumbai (16 Gambar)

Blog Serius - Serius Beb!: Serius - 18 Terkorban Ketika Pengkebumian Ketua Syiah Dawoodi Bohra Di Mumbai (16 Gambar)

skip to main | skip to sidebar


Serius - 18 Terkorban Ketika Pengkebumian Ketua Syiah Dawoodi Bohra Di Mumbai (16 Gambar)


Banyaknya umat

Jumaat lalu ketua mazhab Syiah Dawoodi Bohra Syedna Mohammed Burhanuddin meninggal dunia kerana sakit tua. Ketua pecahan syiah yang berpengkalan di India ini meninggal dunia pada usia 102 tahun dan puluhan ribu pengikut mazhab ini datang ke Mumbai bagi memberi penghormatan terakhir. Kerana jumlah pelawat yang ramai 18 orang daripada mereka terkorban manakala 50 lagi tercedera kerana terhimpit. Mazhab Syiah Dawoodi Bohra dikatakan mempunyai hampir 2 juta pengikut yang majoritinya boleh dijumpai di India. Mazhab ini terkenal di India kerana banyak membina hospital, sekolah dan kawasan perumahan murah untuk mereka yang dhaif. Mereka juga banyak membiayai kos membaiki masjid yang rosak di Mesir. 

Sungguhpun begitu pengikut ajarah Sunni melabelkan mereka sesat kerana membaca syahadah dan melaungkan azan yang ditambah nama Imam Ali. Kami tidak mahu komen tentang fahaman mazhab ini. Apa yang kami nak komen ialah perkara baik yang dilakukan oleh komuniti yang terkenal dengan pakaian serba putih dan ketayap dengan benang emas mereka. Biar tuhan sahaja yang menghisab. Kita hanya manusia.


Laporan asal DM

Obefiend Weiland 20 Jan, 2014


-
Source: http://blogserius.blogspot.com/2014/01/serius-18-terkorban-ketika-pengkebumian.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar