Minggu, 19 Januari 2014

Serius COol - High Point University : Kolej Bertemakan Konsep Google (18 Gambar)

Blog Serius - Serius Beb!: Serius COol - High Point University : Kolej Bertemakan Konsep Google (18 Gambar)

skip to main | skip to sidebar


Serius COol - High Point University : Kolej Bertemakan Konsep Google (18 Gambar)


Kampus terbaik Amerika Syarikat

Apabila anda memilih untuk meneruskan pengajian universiti, apakah kriteria yang anda pilih? Ranking? Fasiliti? Lokasi? Jumlah awek cun ataupun sekadar mengikut kawan? High Point University ialah universiti yang mendapat ranking tertinggi Kampus Terbaik di Amerika Syarikat. Universiti ini cuba mengGOOGLEkan sistem pelajaran tinggi dengan meniru apa yang dilakukan oleh syarikat teknologi gergasi ini. 

Pertama sekali seperti di Google suasana universiti ini sangat ceria. Kedua anda makan secara percuma di mana-mana kafeteria dan restoran yang ada sekitar kampus. Terdapat juga trak aiskrim yang juga memberi aiskrim percuma kepada pelajar. Asrama dilengkapi sistem audio visual yang terkini disamping terdapat juga panggung wayang di dalam kampus. Pendek kata jika Google membuka universiti, High Point Uni ialah produknya. 

Malang sekali kolej ini menerima banyak kritikan. Pertama sekali ia membelanjakan USD700 juta untuk memodenkan bangunan dan fasiliti yang sudah wujud sejak 1924. Kolej ini berhutang dan menghadapi masalah menanggung kos operasi yang tinggi. Rankingnya juga agak teruk kerana mendapat tempat ke 599 dari 650 kolej seluruh Amerika Syarikat. 

Jadi bagi anda apa lagi penting? Kualiti pembelajaran ataupun fasiliti yang sangat cool beans?




Laporan asal Flickr

Obefiend Weiland 20 Jan, 2014


-
Source: http://blogserius.blogspot.com/2014/01/serius-cool-high-point-university-kolej.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar