Selasa, 21 Januari 2014

Serius- Santa Muerte : Santo Kultus Maut Untuk Golongan Terpinggir Mexico (12 Gambar)

Blog Serius - Serius Beb!: Serius- Santa Muerte : Santo Kultus Maut Untuk Golongan Terpinggir Mexico (12 Gambar)

skip to main | skip to sidebar


Serius- Santa Muerte : Santo Kultus Maut Untuk Golongan Terpinggir Mexico (12 Gambar)


Muerte!

Penganut Katolik mempunyai pelbagai Santo suci yang menjadi tempat mereka mengadu nasib dan meminta pertolongan. Di Mexico santo yang paling terkenal ialah Our Lady of Guadalupe. Tetapi sejak 12 tahun kebelakangan ini muncul santo baru yang kini semakin popular dikalangan pengedar dadah, orang miskin, homoseksual, pembunuh dan pelacur. Santo ini ialah Santa Muerte ataupu Santo Maut. Santa Muerte kini dikatakan mempunyai 2 juta pengikut yang berdoa kepada beliau kerana dikhabarkan beliau paling mudah memakbulkan doa. Santa Muerte biasanya kelihatan seperti rangka seorang wanita yang memegang sabit yang sering kita kaitkan dengan malaikatul maut. Santo ini semakin popular sehingga tahun lalu jualan barangan yang mempunyai imej beliau terjual lebih banyak dari Our Lady of Guadalupe. Jika anda menonton Breaking Bad anda pasti ada ternampak Leo dan Marco Salamanca berdoa kepada beliau sebelum mahu membunuh Walter White.

Pada paderi Katolik Mexico beberapa kali mengingatkan pengikut Santa Muerte bahawa apa yang mereka lakukan ini menyesatkan. Mereka mendakwa asal usul Santa Muerte adalah satanik dan ini menyimpang dari ajaran Kristian. Pengikut Santa Muerte tidak peduli kerana mereka yakin santo yang banyak memustajabkan doa mereka ini pastinya santo yang paling power!

Menurut polis mereka juga semakin kerap menemui shrine Santa Muerte di dalam rumah pengedar dadah dan pembunuh di Mexico. Sebelum mengedar dadah dan membunuh merek akan berdoa keapda Santa Muerte agak menemui kejayaan. Golongan gay pula berdoa kepada Santa Muerte agar ditemukan dengan cinta sejati. Mereka hanya mampu berdoa kepada Santa Muerte kerana santo - santo lain dikatakan tidak akan memakbulkan doa golongan gay yang dibenci Kristian. Golongan pelacur pula berdoa kepada Santa Muerte bagi memastikan diri mereka selamat dari dibunuh pelanggan. Berdoa kepada Santo Maut untuk mengelakkan maut ketika bekerja

Untuk berdoa kepada Santa Muerte anda perlu membakar lilin bewarna dan melakukan korban.Lilin merah untuk mendapatkan cinta, emas untuk kekayaan, hijau untuk kesihatan dan hitam untuk mendoakan kematian. 

Tetapi ingat setiap doa harus disertakan dengan janji keramat. Jika anda gagal memenuhi janji keramat ini Santa Muerte akan datang dan mengambil nyawa anda!

Kultus ini semakin popular bukan sahaja di Mexico tetapi kini merebak ke Amerika Syarikat. Agama pecahan baru yang mendewakan Santo Maut untuk golongan yang sering dipandang serong oleh golongan atasan.




Obefiend Weiland 22 Jan, 2014


-
Source: http://blogserius.blogspot.com/2014/01/serius-santa-muerte-santo-kultus-maut.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar